21. Pelaksanaan MMI menyebabkan sekolah tidak boleh mengadakan sebarang bentuk perayaan seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Kanak-Kanak, Sambutan Hari Lahir, Hari Kantin dan sambutan keagamaan.
MMI tidak menghalang pihak sekolah mengadakan aktiviti di atas. Walaupun demikian, sekolah perlu merancang dengan teliti supaya keberkesanan pembelajaran murid tidak terabai.

22. Pelaksanaan MMI telah menyebabkan guru tidak boleh menyertai aktiviti luar seperti aktiviti persatuan dan sukan?
Guru-guru masih boleh terlibat dengan aktiviti luar setelah memastikan PdP di kelas yang ditinggalkan dapat dilaksanakan sama ada secara modul, guru ganti atau lelongan jadual dan apa-apa pendekatan yang sesuai.

23. Adakah mendapat perkhidmatan kaunseling pada masa persekolahan dianggap sebagai sebahagian daripada proses PdP?
Ya. Unit kaunseling perlu merancang pertemuan dengan klien supaya tidak mengganggu masa instruksional murid kecuali kes-kes yang memerlukan tindakan segera.


AKADEMIK

24. Pelaksanaan MMI hanya mementingkan akademik dan tidak mementingkan aspek-aspek lain.
MMI tidak meminggirkan mana-mana elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan,iaitu melahirkan insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

25. Adakah MMI ini menghalang murid untuk menyertai aktiviti lawatan sambil belajar pada waktu persekolahan.?
Murid masih boleh terlibat dengan aktiviti luar pada waktu persekolahan selagi berlakunya proses PdP dan mematuhi SPI yang sedia ada.
SPI Bil. 10/2011

26. Bagaimanakah sumbangan Guru Cemerlang di sekolah-sekolah lain dalam memastikan keberkesanan MMI.
Pendekatan PdP yang berkesan yang dilaksanakan oleh GC perlu dikongsikan dengan guru-guru lain bagi mengoptimumkan keberhasilan pembelajaran murid.

27. Bolehkah saya melaksanakan aktiviti PdP di luar bilik darjah?
Boleh, selagi keberhasilan pembelajaran murid dicapai dan perlu mendapat kebenaran pihak pemimpin sekolah.

28. Bolehkan sekolah menganjurkan program peningkatan akademik seperti Seminar/Teknik Menjawab Soalan pada waktu persekolahan?
Boleh, dengan syarat program yang dianjurkan melibatkan semua murid tingkatan yang sama.

29. Bolehkah sekolah ganti pada hari Sabtu melaksanakan aktiviti dan program selain daripada PdP? Contoh: Gotong-royong.
Pelaksanaan sekolah ganti (Sabtu) sepatutnya mengikut jadual hari pesekolahan yang diganti.


KOKURIKULUM

30. Pelaksanaan MMI boleh menjejaskan tenaga guru bagi melaksanaan aktiviti sukan/kokurikulum di peringkat PPD/JPN/Kebangsaan.
Amalan MMI tidak menjejaskan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah.
free counter
Perhatian:
NUTP hanya mengurus insurans berikut sahaja iaitu:
    1.Tokio Marine - Skim Diamond Accident Protector/Skim Diamond Accident Protector PLUS,
    2. Great Eastern - Livin' Pay/Dana Restu/Barakah/Livin' Pay Plus/Dana Restu Plus,
    3. Etiqa - Skim Takaful Guru,
    4. Etiqa - Skim Takaful Warga Pendidik,
    5. Great Eastern - NUTP Health Care/Takaful Great Eastern Medikad (Kad perubatan NUTP),
    6. RHB Insurance - NUTP Medicare (Kad perubatan NUTP),
    7. Takaful Malaysia - Takaful Medic NUTP (Kad perubatan NUTP),        
    8. Great Eastern - Insurans  Group GS624B  (untuk yang telah beli sahaja)
    9. Tokio Marine - Skim Perlindungan Barangan Isi Rumah



Semua urusan Insurans boleh hubungi dan serah kepada Wisma KPPK Kedah atau Pusat Perkhidmatan Sungai Petani untuk tindakan selanjutnya.



Didapati ada pihak tertentu yang sedang menggunakan nama NUTP untuk menjual insurans seperti MCIS, AIA dan sebagainya. Ahli diminta berhati-hati dengan teknik jualan tersebut.



Ahli boleh menyemak potongan gaji serta tuntutan Perbatuan melalui laman web di bawah:
Klik untuk Semakan Akaun Gaji
PERINGATAN PENTING

SEBARANG ADUAN, PERTANYAAN ATAU CADANGAN MELALUI EMEL PERLU DISERTAKAN DENGAN
1. NAMA AHLI
2. NO. KAD PENGENALAN
3. NO. AHLI
UNTUK MENGELAKKAN KEMUDAHAN TERSEBUT TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH BUKAN AHLI.
APAKAH MMI?
1                2                3
·BERSATU        ·INOVATIF        ·DINAMIK        ·PROGRESIF
MISI

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai program ke arah melahirkan kaum pendidik yang inovatif, dinamik dan progresif selaras dengan wawasan untuk meningkatkan martabat profesion pendidikan.

  • Melindungi dan memperjuangkan hak-hak kaum pendidik.

  • Menyediakan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang berkualiti dan cekap.
VISI

Ke Arah Kecemerlangan Profesion Pendidikan
Cetak Penyata Insurans:

1. Great Eastern
2. Etiqa
Kemaskini pada 26.04.2024